berikanlahku ku hidayah..agar dikuatkan iman yang lemah.. moga diberkati hidup ini..menuju bahagia yang kekal abadi..

Tuesday 6 May 2014

TENTANG KEHIDUPAN

mashaAllah, setahun lamanya tidak update blog ni. kesian, memang terpinggir. tahun lepas sangat sibuk. 4 bulan pergi Latihan Mengajar (LM) di Klang. tiada masa utk kongsikan cerita serta pengalaman bersama anak-anak murid. 4 bulan sblm praktikum sibuk mantapkan diri utk hadapi karenah pelajar dan ilmu pedagogi. sekarang semester akhir bertambah sibuk dgn kuliah, tugasan dan kajian ilmiah. 

alhamdulillah, kini semuanya beransur-andur berlalu. terima kasih ya Allah, kajian ilmiah sudah submit kelmarin. hanya Tuhan saja yang tahu betapa leganya perasaanku ini. cuma tinggal forum sahaja yang belum selesai. semoga rakan2ku yang lain tabah dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. pesanku, jangan mudah mengeluh, yakinlah denganNya. 

sekarang rutinku kembali seperti biasa..hehe, kan kerja dah siap. sempena setahun tak update ni, saya nak berpuisi. terimalah.. "TENTANG KEHIDUPAN"

kelmarin,
ku lihat dia termangu
mungkin aku silap, mungkin jua tidak
berbaju biru dari kejauhan aku menatap
benar, itu dia sahabatku
aku tidak mendekat
bimbang dia tak terucap

hari ini,
ku lihat dia termangu lagi
deraian air mata mengalir di pipi
apa harus aku buat?
apa harus aku mendekat?
ingin sekali air hangat aku kesat
agar luka dapat ku ubat
ingin sekali jasadnya ku dakap
agar kekuatan dapat diserap 

hari esok,
ku harap dia akan kuat
melawan onak tanpa gugat
ingatlah sahabat
Tuhan sentiasa ada
walau kita jauh 
namun, Dia sentiasa dekat
sujudlah
luahkanlah
agar hati bisa di ubat
agar diri bisa sihat



060514
10.03pm