berikanlahku ku hidayah..agar dikuatkan iman yang lemah.. moga diberkati hidup ini..menuju bahagia yang kekal abadi..

Wednesday 19 December 2012

begitulah insan..

bila berjauhan daripada keluarga, aku amat memerlukan seseorang yang boleh aku jadikan penguat semangat 
di kala aku terumbang-ambing meniti arus kehidupan.
seorang teman, kawan dan juga sahabat yang sanggup susah dan senang bersama.
aku amat mengharapkan seseorang yang dapat menegur, menasihati, memberi pandangan dan bukannya seseorang yang suka menghentam tanpa perasaan. 
namun, aku sedar manusia bermacam karakter dan ragam. 
manusia nampak indah pada pandangan mata tetapi di hati hanya TUHAN yang tahu. 
betapa susahnya mencari sahabat sejati. 
bila bersendiri, aku mula teringatkan sahabat2 di kampung. 
aku terlalu rindukan mereka. 
gurau senda mereka selalu menghiburkan aku. 
aku terlalu rindukan kenangan di waktu persekolahan. 
kami satu sekolah, biarpun berada di kelas yang berlainan, satu  asrama. 
bila dewasa, masing2 membawa haluan sendiri ke timur, barat, utara dan selatan. 
aku sedar, betapa pentingnya sahabat.  

Sunday 25 November 2012

BUKAN SEKADAR LAGU..........

Ia bukan sekadar lagu.........hayati liriknya


first time dengar,,best:)


lagu ni saya suka..........:)



hambaMU ALLAH


best kan, penuh penghayatan :))

Sunday 18 November 2012

BETAPA KERDILNYA AKU DI SISI MU

ya ALLAH..
Di saat ini hambaMU di GAZA sedang bertarung demi mempertahankan agamu yang disanjung tinggi.
Di saat ini hambaMU di GAZA sedang berjuang bermati-matian demi menegakkan Islam yang tercinta
Di saat ini hambaMu di GAZA sedang bertitis keringat melawan musuh durjana

ya ALLAH..
Peliharalah mereka
Lindungilah perjuangan mereka
Titipkanlah semangat juang yang tinggi kepada mereka



ya ALLAH..
Mereka sanggup meninggalkan keluarga
Mereka sanggup ditinggalkan keluarga
Mereka sanggup kehilangan keluarga

ya ALLAH..
Anak-anak kecil menjadi mangsa
Anak-anak kecil yang tidak berdosa
Anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa
Mereka pergo menemuiMU dengan senyuman
Jangan diratapi pemergian mereka
Mereka pasti jaminan syurga



ya ALLAH..
Sudah pasti mereka REDHA dengan ketentuanMU
Sudah pasti mereka menuntut SYAHID di jalanMU
Sudah pasti mereka menuntut janji SYURGAMU...




duhai teman...
aku rasakan betapa kerdilnya diriku ini. jika dibandingkan dengan penduduk GAZA. mereka sanggup menggadai nyawa demi menegakkan ISLAM. aku terfikir apakah pernah aku mempunyai perasaan sedemikian. adakah pernah aku berjasa kepada agamaku ISLAM tercinta ini. mari muhasabah diri bersama. kita sering alpa, kita sering melengahkan suruhanNYA. adakah kita layak menghuni SYURGANYA. aku gusar, aku takut..aku takut memikirkan azab siksaanNYA di akhirat kelak.aku mahu menjadi penghuni syurga. namun, layakkah aku ???

duhai teman,
sempena tahun baru ini, marilah kita sama-sama perbaiki diri. tingkatkan tahap keimanan. kita perbaharui tingkah laku agar ianya selari dengan kehendak agama. masih belum terlambat untuk kita berubah. namun, jangan lupa bahawa ajal menjemput tidak mengenal usia muda atau tua.. WALLAHUALAM



Tuesday 16 October 2012

.:: wANita & aURaT ::.

pada post kali ni aku ingin berkongsi dgn sahabat2 perempuan berkenaan dgn perihal diri kita. sebagai wanita yg akhil baligh, kita xdpt lari dr mbicarakan topik berkenaan dgn aurat. sesungguhnya wanita & aurat xdpt dipisahkan. wanita wajib menutup aurat. Allah swt sangat melindungi wanita sehinggakan aurat wanita sangat terpelihara. hanya muhrimnya sahaja yg boleh dipertontonkan auratnya. terutama terhadap suaminya..subhanaAllah..haruslah kita merasa bertuah krn dilahirkan sbg seorang WANITA..^^

terdapat 13 aurat wanita yg perlu dijaga..
1) BULU KENING
  • menurut Bukhari, Rasulullah saw melaknati perempuan yg mencukur @ menipiskan bulu kening @ meminta spy dinipiskan (petikan dari hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
2) KAKI
  • memakai gelang berloceng  --> dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
  • petikan surah An-Nur, ayat 31 bermaksud..menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliah.
3) WANGIAN

  • siapa shj wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap2 mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal (petikan dari hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4) DADA 
  • hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada2 mereka. (petikan surah An-Nur, ayat 31)



5) GIGI
  • Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
  • petikan dari hadis Riwayat At-Thabrani, dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah swt.
6) MUKA & LEHER
  • dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu. 
  • keterangan : bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah.










7) MUKA & TANGAN

  • Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian yang nipis.
  • sabda Rasulullah : wahai Asma ! sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. (petikan dari hadis riwayat Muslin dan Bukhari)
8)TANGAN
  • sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (petikan hadis riwayat At-Thabrani dan Baihaqi)
9) MATA
  • dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklan mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.
  • sabda Rasulullah saw : jangan sampai sampai pandangan yang satu mengikut pandangan lainnya. (petikan surah An-Nur, ayat 31).
  •  kamu hanya boleh pandangan pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (petikan dari hadis ruwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)
10) MULUT (suara)
  • janganlah perempuan2 itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan2 yang baik.
  • petikan surah Al-Ahzab, ayat 32. sabda Rasulullah saw : sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (petikan dari hadis riwayat Ibn Majah)
11) KEMALUAN
  • dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
  • petikan surah An-Nur, ayat 31. apabila seorang perempuan itu solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendaki. (hadis riwayat Al Bazzar).
  • tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suamnya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (petikan dari hadis riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah).
12) PAKAIAN
  • barangsiapa memakai pakaian yang berlebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat. (petikan hadis dari riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)
  • petikan surah Al Ahzab, ayat 59 bermaksud : hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikin itu supaya mereka mudah dikenali. lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
  • sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.\
  • petikan dari hadis riwayat Bukhari dan Muslim, wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13) RAMBUT
  • wahai anakkku Fatimah ! ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (petikan dari hdis riwayat Bukhari dan Muslim).

duhai teman2ku...ayuhlah kita berubah, sementara masih diberi kesempatan olehNYA..


Thursday 14 June 2012

YAKINLAH dengan JANJI ALLAH S.W.T

pada post kali ini aku juga ingin menulis berkenaan dengan isi kandungan yang terdapat lam risalah PBA..



cuba kita renungkan kembali, terdapat beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah swt titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, iaitu surah yg ke-23 di dalam lembara Al-Quran.
Antaranya ialah :-

1) keyakinan, kepercayaan dan keimanan kepada Allah swt
"sesungguhnya berjayalah orang-orang yg beriman." [23:1]
~ iman dan kejayaan disebut oleh Allah swt dalam ayat yang sama. maka imanlah faktor utama kejayaan. dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebut dibawah..

2) fokus, bersungguh2, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang kusyuk dalam solatnya." [23:2]
~ lakukan satu2 perkara dalam satu2 masa. jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

3) prioriti, mengutamakan apa yang utama
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
~ kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh dengan tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di fb dan seumpamanya sehinggakan selalu sahaja melebihi masa rehat yang telah diperuntukkan.
~ sebaik2nya kita optimumkan  penggunaan masa untuk belajar dan mengisi masa rehat kita dengan perkara2 yg lebih berfaedah spt membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam utk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam2 lagi.
~ namun, sebaik2nya kita gunakan masa rehat tersebut utk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah swt, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
~kita hendaklah menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara2 sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan, tidak menambahkan markah utk kertas exam yg bakal ditempuhi, malah mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah swt.

4) prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat" [23:4]
~walaupun sedang berada di saat2 genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan2 yg lebih susah di sekeliling kita. kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas2 soalan tahun lepas dan lain2..sharing is caring..^^

5) jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tercela. sesiapa yang mencari disebalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas" [23:5,6,7]
~ janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan study berdua-dua, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki / perempuan anda.
~ padahal Allah swt kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.


6) jujur, amanah
"dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya." [23:8]
~ bukankanh kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh2..? lebih penting lagi kita telah telah berjanji dengan Allah swt utk memanfaatkan peluang kehidupan sbg seorang pelajar yg telah dipinjamkan-Nya kpd kita sbg medan utk mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana..?
~elakkan menipu ketika exam. andai penjaga exm meminta kita berhenti menulis krn masa sudah tamat, jgn pula kita terus menulis. sebaliknya sebutlah " Bismillahi tawakaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

7) tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya" [23:9]
~ konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim  ialah supaya sentias belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. jika sebelum ini kita diingatkan supaya  berhenti menulis apabila tamat peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuangan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. memelihara solat 5 kali sehari juga mengajar kita utk x berputus asa @ berpantang arang di pertengahan jalan.
~ namun, janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep2 ini utk akademik semata2. penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah swt kerana kita akan kembali menghadap-Nya dengan amal2 kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yg berjaya kita perolehi. belajar dan ijazah hanyalah alat utk kita mencapai keredhaan Allah swt dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.



.:: antara bersin dan menguap ::.

ku menunggu........hehe, xsabar rasanya nk blik kg..menunggu ari2 last exm amat menuntut ksabaran yg tggi..dh smggu aku hanya makan tido,makan tido..nk stdy xde mood lak, roomate ntah bila nak blik klej...aku sllu kene tggal..huhu..hanya jasad je kt kolej ni..ari ni bila aku kluar je dr blik, aku terpandang satu risalah kat atas meja makan..risalah Persatuan Bahasa Arab UPSI..
so, aku nk kongsikan sdikit gn kwn2 ape yg ade lam risalah tersebut,,^^


 apabila kita terbersin dan mendengar orang lain bersin, apakah yang sepatutnya kita ucapkan..?
ALHAMDULILLAH.. (segala puji bagi Allah)


                                      YARHAMUKALLAH.. (semoga Allah memberi rahmat ke atas kamu)
                                                                             


setelah itu, kita pula mestilah mengucapkan.. 
 

sememangnya sunnah Rasulullah s.a.w agar kita mendoakan orag2 yg bersin  sepertimana tersebut dalam hadis :
" Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan 'aah...', maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." ( Hadis riwayat At-Tarmidzi )


haa..kwn2 ingatlah bahawa ..," ISLAM ITU INDAH "

Wednesday 13 June 2012

.:: bAKtiSIswA pERsaDA ::.

25 - 27 mei 2012

dibawah persada UPSI, aku tlh mengikuti baktisiswa di sbuah pkmpungan felda..yg bestnye felda tersebut merupakan kg ku sdiri..hihihihi, best blik kg....aku rasa akulah pserta yg pling gmbira spnjang baktisiswa tersebut..^^, 


niat di hati nk wt sprise utk bonda tcinta..tp sprise ku xmnjadi lak gara2 jiranku tbaca satu post di fb..adoii..papepun, aku ttp eppy..kdtangan kami dismbut baik oleh pegawai felda, belia2 n bakal ibu2 n bapa2 angkat kami kelak..hehe, slpas mnjamu selera sesi pmbahagian anak agkat dilakukan..yg pling aku xbleh lupa ialah aku mnjdi anak angkat mak aku sdiri gara2 xbagi aku tggal kt umh orang laen..hehe, aku lagiiiiiii suke...hahahahah

*************************************************************************

aku amat berbangga dgn org2 kampung ku di atas krjasama n komitmen yg ditunjukkan spnjang program ini berlangsung..aku xsangka begitu baek skali layanan yg diberikn oleh kluarga angkat masing2..even xtvt kami shingga lwt malam, ibu n bapa angkt sanggup tgu anak2 angkat msg2..
tabik springgggggg utk warga kg ku..^^



with housemateku CT ^^

erti sebuah persahabatan............

SAHABAT...
selain parents kita, sahabat merupakan org2 yg terpenting dlm hidup kita..cuba bygkan jika kita keseorangan tanpa ditemani sahabat..pasti hidup sunyi n sepi..mncari seorang sahabat sejati yg sggup bersusah n mghadapi segala masalah bsama2 bukan semudah yg disangka..betul, kita ramai kawan tp bukan semua kwn yg kita ada merupakan sahabat kita..
bagi aku, sahabat sejati memang susah utk dicari..mgharungi liku2 kehidupan ini tnpa kehadiran seorang sahabat mnjadikan hidup kita x bermakna..kosong..kita mmerlukan someone yg dapat boleh berkongsi pndapat, masalah, plindung, pmbakar semangat..
oleh itu..,
carilah sahabat yg bleh mndorong kita utk mnjadi insan yang mulia..
carilah sahabat yg boleh menegur dikala kita kelalaian..
carilah sahabat yg boleh mbimbing ke arah kebaikan..
carilah sahabat yg xpernah penat utk bersahabat..

aku juga punya sahabat..
sahabat sedari kecil, sahabat sekampung..
kami satu sekolah dari tadika..
mereka sahabat sejatiku
sahabat hingga ke syurga InsyaAllah..
walau jarak memisahkan kami..
namun..,
ikatan persahabatan yg terjalin xpernah putus..
aku bangga punya sahabat sperti mereka..
walau diuji pelbgai cubaan kami ttp bersama..
semoga apa yg kami impiankan selama ini mnjadi kenyataan..
semoga kami semua berjaya dlm bidang yg kami ceburi..
walau bkn semua yg bjaya utk smbg blaja..
namun aku berdoa smoga mereka d kurnian rezeki yg melimpah ruah..

kau teman kau sahabat sejati..^^
sahabat, 
rezeki Allah sangat banyak di bumiNya ini..insyaAllah kelak kita sama2 brjaya..
usah bimbang, usah khuatir..
Tuhan itu maha pemurah..

duhai SAHABAT ku..
saya syg kamu semua kerana ALLAH..^^

hari yg indah bersama kalian..^^

mereka mnceriakan hari yg indah,,^^





Friday 8 June 2012

.:: sECebIS kENanGAn di kEm dESa sELesA ::.

~ 12 - 13 Mei 2012 ~

memori tercipta..
kem PRS xkan aku lupakan..walaupun stiap xtvt yg grup aku wt xmnjadi namun kami ttp enjoy..bia kalah asalkan eppy..hihi, pada mulanya aku sdikit kekok gn grup aku even de 1 2 yg aku knal tp xrpatla , pdahal kami cosemate..hehe, tmbahan lak dak2 laki lam grup aku 2 abg2 sem 6..cos sjarah lak 2, aku mmg anti gn sjarah neh..bb aku xmnat sjarah..kata org xknal maka xcenta..stelah knal gn mereka brulah aku bleh biasakan diri..mereka OK sbenarnya..^^


banyak pengalaman yg aku prolehi sepanjang berada di kem even hanya 2 ari 1 mlm shaja..terutamanya dr prkgsian instruktor yg hebat2 belaka..pengalaman 2 mahal hanya org2 merasainya shaja kan mngatahuinya..mndgr xsama dgn merasai sndiri pengalam trsebut..aku pcaya stiap yg hidup pasti ada pengalaman sama ada pahit or manis..myb ianya pahit sekarang namun, ianya akan manis bila d kenangkan smula 2 3 thn akan dtg..pada masa tsbut kita akan mrindui kenangan tersebut..


melalui xtvt yg dilakukan, ianya byk mberi input yg bguna kpd kami even kami byk ketawa..^^
aku amat tertarik dengan slot ttg SAHABAT dr abg Khud..menurut beliau,'sementara masih belajar carilah seramai mungkin sahabat..' (lebih kurang cm2 la ayatnye..heheh ). benar..namun, utk mcari seorang SAHABAT yg sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mndahului atas nama kebajikan, menyimpan keaiban atas nama kejujuran, menegur kelemahan atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, sememangnya sesuatu yg sukar..namun, jika ada ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan ttp seorang saudara & SAHABAT sejati yg sukar di cari ganti..^^




Sunday 3 June 2012

hope all is well...^^

today is my first final exam paper.......tadbir urus negara..hope everything will be ok..
gud luck 2 my frends....do da best..^^


this song special 4 u.......