berikanlahku ku hidayah..agar dikuatkan iman yang lemah.. moga diberkati hidup ini..menuju bahagia yang kekal abadi..

Tuesday 16 October 2012

.:: wANita & aURaT ::.

pada post kali ni aku ingin berkongsi dgn sahabat2 perempuan berkenaan dgn perihal diri kita. sebagai wanita yg akhil baligh, kita xdpt lari dr mbicarakan topik berkenaan dgn aurat. sesungguhnya wanita & aurat xdpt dipisahkan. wanita wajib menutup aurat. Allah swt sangat melindungi wanita sehinggakan aurat wanita sangat terpelihara. hanya muhrimnya sahaja yg boleh dipertontonkan auratnya. terutama terhadap suaminya..subhanaAllah..haruslah kita merasa bertuah krn dilahirkan sbg seorang WANITA..^^

terdapat 13 aurat wanita yg perlu dijaga..
1) BULU KENING
  • menurut Bukhari, Rasulullah saw melaknati perempuan yg mencukur @ menipiskan bulu kening @ meminta spy dinipiskan (petikan dari hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
2) KAKI
  • memakai gelang berloceng  --> dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
  • petikan surah An-Nur, ayat 31 bermaksud..menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliah.
3) WANGIAN

  • siapa shj wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap2 mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal (petikan dari hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4) DADA 
  • hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada2 mereka. (petikan surah An-Nur, ayat 31)



5) GIGI
  • Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
  • petikan dari hadis Riwayat At-Thabrani, dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah swt.
6) MUKA & LEHER
  • dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu. 
  • keterangan : bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah.










7) MUKA & TANGAN

  • Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian yang nipis.
  • sabda Rasulullah : wahai Asma ! sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. (petikan dari hadis riwayat Muslin dan Bukhari)
8)TANGAN
  • sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (petikan hadis riwayat At-Thabrani dan Baihaqi)
9) MATA
  • dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklan mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.
  • sabda Rasulullah saw : jangan sampai sampai pandangan yang satu mengikut pandangan lainnya. (petikan surah An-Nur, ayat 31).
  •  kamu hanya boleh pandangan pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (petikan dari hadis ruwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)
10) MULUT (suara)
  • janganlah perempuan2 itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan2 yang baik.
  • petikan surah Al-Ahzab, ayat 32. sabda Rasulullah saw : sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (petikan dari hadis riwayat Ibn Majah)
11) KEMALUAN
  • dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
  • petikan surah An-Nur, ayat 31. apabila seorang perempuan itu solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendaki. (hadis riwayat Al Bazzar).
  • tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suamnya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (petikan dari hadis riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah).
12) PAKAIAN
  • barangsiapa memakai pakaian yang berlebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat. (petikan hadis dari riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)
  • petikan surah Al Ahzab, ayat 59 bermaksud : hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikin itu supaya mereka mudah dikenali. lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
  • sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.\
  • petikan dari hadis riwayat Bukhari dan Muslim, wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13) RAMBUT
  • wahai anakkku Fatimah ! ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (petikan dari hdis riwayat Bukhari dan Muslim).

duhai teman2ku...ayuhlah kita berubah, sementara masih diberi kesempatan olehNYA..


No comments:

Post a Comment