berikanlahku ku hidayah..agar dikuatkan iman yang lemah.. moga diberkati hidup ini..menuju bahagia yang kekal abadi..

Thursday 14 June 2012

YAKINLAH dengan JANJI ALLAH S.W.T

pada post kali ini aku juga ingin menulis berkenaan dengan isi kandungan yang terdapat lam risalah PBA..



cuba kita renungkan kembali, terdapat beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah swt titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, iaitu surah yg ke-23 di dalam lembara Al-Quran.
Antaranya ialah :-

1) keyakinan, kepercayaan dan keimanan kepada Allah swt
"sesungguhnya berjayalah orang-orang yg beriman." [23:1]
~ iman dan kejayaan disebut oleh Allah swt dalam ayat yang sama. maka imanlah faktor utama kejayaan. dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebut dibawah..

2) fokus, bersungguh2, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang kusyuk dalam solatnya." [23:2]
~ lakukan satu2 perkara dalam satu2 masa. jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

3) prioriti, mengutamakan apa yang utama
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
~ kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh dengan tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di fb dan seumpamanya sehinggakan selalu sahaja melebihi masa rehat yang telah diperuntukkan.
~ sebaik2nya kita optimumkan  penggunaan masa untuk belajar dan mengisi masa rehat kita dengan perkara2 yg lebih berfaedah spt membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam utk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam2 lagi.
~ namun, sebaik2nya kita gunakan masa rehat tersebut utk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah swt, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
~kita hendaklah menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara2 sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan, tidak menambahkan markah utk kertas exam yg bakal ditempuhi, malah mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah swt.

4) prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat" [23:4]
~walaupun sedang berada di saat2 genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan2 yg lebih susah di sekeliling kita. kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas2 soalan tahun lepas dan lain2..sharing is caring..^^

5) jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tercela. sesiapa yang mencari disebalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas" [23:5,6,7]
~ janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan study berdua-dua, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki / perempuan anda.
~ padahal Allah swt kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.


6) jujur, amanah
"dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya." [23:8]
~ bukankanh kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh2..? lebih penting lagi kita telah telah berjanji dengan Allah swt utk memanfaatkan peluang kehidupan sbg seorang pelajar yg telah dipinjamkan-Nya kpd kita sbg medan utk mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana..?
~elakkan menipu ketika exam. andai penjaga exm meminta kita berhenti menulis krn masa sudah tamat, jgn pula kita terus menulis. sebaliknya sebutlah " Bismillahi tawakaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

7) tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya" [23:9]
~ konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim  ialah supaya sentias belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. jika sebelum ini kita diingatkan supaya  berhenti menulis apabila tamat peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuangan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. memelihara solat 5 kali sehari juga mengajar kita utk x berputus asa @ berpantang arang di pertengahan jalan.
~ namun, janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep2 ini utk akademik semata2. penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah swt kerana kita akan kembali menghadap-Nya dengan amal2 kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yg berjaya kita perolehi. belajar dan ijazah hanyalah alat utk kita mencapai keredhaan Allah swt dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.



2 comments:

  1. atiah...hehe...saya dtg melawat dan tgal jejak ni..blog awk ad peningkatan..kalah sy ni..hehe..:)

    ReplyDelete
  2. tQ2..hehe, blog awk ag class yong.. 'sy budak baru blaja'..hihihi

    ReplyDelete